Ahad, 2 Mac 2014

Nasib orang kampung

1. Seorang budak yang penulis kira berpangkat adik dan teman-temannya meminta izin menumpang di meja aku. Maklumlah hari itu orang ramai.

2. "Kalau tahu cam ni baik minta pergi Sabag", kata adik itu seperti tidak berpuas hati.

3. "Aik cam frust aje bunyi" usik penulis. Akhirnya adik ini menceritakan segalanya. Sebagai orang yang sebangsa penulis cukup kecewa dengan penjawat awam yang bijaksana tapi tidak bijaksini.

4. Sebab itulah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir menekankan kecekapan mengurus dalam mengkoordinasi semua hal dalam mengurus hidup ini.

5. Rupa-rupanya adik ini baharu mendapat tawaran dalam perkhidmatan awam dan telah pun melapor diri. Pada masa yang sama pelajar salah sebuan universiti tempatan di utara. Tinggal tiga semester sahaja untuk tamat.

6. Agak pelik bunyinya tatkala para pembesar politik dan pembesar universiti ini menyalak tentang pembelajaran sepanjang hayat tiba-tiba adik ini diberi kata dua agar berhenti belajar kononnya takut menjejaskan pelajaran.

7. Itu kata penasihat akademiknya (bagi aku ini punahsihat - sama penyakit dalam politik).

8. Mengapa penulis kata punahsihat akademik?

9. Pertama: Jika punahsihat ini betul-betul berjiwa pendidik ia akan memikir untuk selamatkan budak ini kerana kerjaya sudah dapat tinggal sahaja lagi untuk dapatkan ilmu yang kita kenal ijazah pertama yang anak-anak kita bila keluar akan menjadi hamba hutang.

10. Kedua: Agak pelik juga seorang yang tarafnya orang akademik (grednya penulis lupa) yang banyak buat kajian yang berkata bahawa takut menjejaskan pelajaran walhal budak ini belum pun mula bekerja dan belajar. Bahkan penulis tidak melihat ia satu isu dan penulis berpandangan tiada kajian yang menunjukkan bahawa kerja akan merosakkan pelajaran. Kalau ada minta pembesar politik tamatkan segera program PJJ.

11. Ketiga: Mentaliti jumud pegawai kerajaan. Ini satu penyakit yang nak kena Ketua Setiausaha Negara (KSN) lihat. Pejawat awam ni suka sangat kata tak boleh. Apakah dalam peraturan kerajaan cam tu. Kalau kata tak boleh memang dah tak ada alternatif lain. Dah tak ada pintu lain untuk keluar.

11. Keempat: Tidak tahu SOP. Sepatutnya bila permohonan untuk tangguh pengajian itu dibuat ia haruslah bermula di pejabat pentadbiran. Takkan universiti yang biaya pengurusannya lebih tinggi dari kerajaan negeri itu tak ada penolong pendaftar. Jika budak ini salah serah borang patutnya Punahsihat akademiknya memandu dan bukan menerima.

12. Ini kerana setelah seminggu permohonan tangguh pengajian tidak diketahui jawapannya. Asyik dok kata tak boleh tangguh sebab kerja. Alahai si punahsihat, zaman ini perlu dokumentasilah bukan guna lisan lagi.

13. Jika punasihat dan dekan tidak punya kuasa meluluskan penangguhan pengajian atas faktor kerja maka sepatutnya mereka boleh maklum siapa yang mungkin boleh membantu. Mungkin TNCA atau NC yang lebih berkuasa. Tapu mengapa ini berlaku.

14. Universiti kena faham dari segi hak kerana seingat penulis dalam tawaran kemasukan tidak dinyatakan dengan jelas tanngungjawab pelajar. Bila menjadi pelajar baharu didedahkan. Ini ada unsur kesamaran. Bila pelanggan terima baharu dikenakan syarat. Kalau penulis mahu seret pergi timbang tara aje ni.

15. Hakikat sebagai pendidik sewajarnya memberi tunjuk ajar kepada anak-anak kita bukan main lepas aje. Apa yang kita ingin sebagau pendidik ialah kejayaan dalam keilmuan dan juga pekerjaan. Semua ini diukur dalan rating universiti.

16. Janganlah apabila kita berjaya atas nikmat atau kemudahan yang kita peroleh kita akhirnya menyusahkan orang lain pula.

Jumaat, 21 Februari 2014

BR1M kembali lagi

1. BR1M yang lebih popular sebagai "berim" atau "brim" sudah mula dinikmati. Sebutan ini sebenarnya menenggelamkan program 1Malaysia yang diperkenalkab Perdana Menteri. Mak dan abah sentiasa sebut ambil duit brim dan bukan bantuan rakyat 1Malaysia.

2. Nasiblah konsep 1Malaysia semua ditukar jadi berim, jadi kerim, apa-apa lagilah. Apapun terima kasih pada kerajaan walaupun penulis tak dapat rasa.

3. Dengar-dengar tahun ni dah naik ke RM650. Nampaknya ekonomi kita baik walaupun nilai ringgit merosot dan harga barang dok naik walaupun musim kemarau. Bukan musim sahaja yang kemarau poket pun kemarau sama.

4. Disebabkan penulis tak dapat nak merasa (mungkin kalau merasa dok diam aje ni) maka penulis melihat berim ini ada baik dan buruknya.

5. Penulis tak kisah bagi duit ni walaupun tak berapa nak setuju dengan berim ni kerana bagi penulis ia harus bersandar kepada produktiviti. Jangan sampai satu masa berim ini perlu diberi kalau tak goncang kerajaan dibuatnya.

6. Sesetengah penerima berim berjaya menjadi peternak duit yakni duit mencipta duit. Mereka beruntung.

7. Bagi mereka yang masih beranggapan bahawa berim itu adalah wang dan ia harus dibelanjakan maka mereka akan kerugian.

8. Maka pandailah jaga diri agar berim dapat menbawa suatu nilai tambah walupun nilainya tidak besar. Jangan pula dalam khayalan telah terpancar telepon baru, tablet, aksesori kereta dan sebagainya yang boleh merugikan tetapi memperkayakan yang lain.

Ahad, 25 Ogos 2013

Kibarkan Jalur Gemilang

Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan melihat keperluan untuk diwujudkan undang-undang bagi mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan mula mendapat respons daripada warga Malaysia. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak. Masing-masing dengan alasan tersendiri.

Jalur Gemilang merupakan nama bendera Malaysia adalah simbol negara. Ia merupakan identiti bagi Malaysia. Bahkan bendera negara dikategorikan di bawah symbolic patriotism bagi pengkaji-pengkaji patriotisme.

Persoalannya apakan dengan tidak mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan itu menggambarkan seseorang itu tidak patriotik. Sebaliknya, apakah dengan memasang bendera itu menunjukkan seseorang itu patriotik. Bagi penulis patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak. Semangat patriotisme itu hanya akan diukur apabila kita berhadapan dengan sesuatu krisis.

Pernah penulis mendengar salah seorang pemimpin kesatuan, di saat negara mengalami masalah ketidaktentuan ekonomi pada tahun 2009. Pemimpin kesatuan itu dengan lantang akan memperjuangkan hak ahlinya agar gaji tidak dipotong. Apabila kita berhadapan dengan situasi sebegini maka inilah ujian kepada patriotisme warga kita. Itu belum sampai ke tahap kerajaan meminta sumbangan daripada rakyatnya untuk memulihkan ekonomi negara.

Hari ini pun di sekolah dan di institut pengajian tinggi pun diadakan sambutan bulan kemerdekaan. Maka berkibar megahlah Jalur Gemilang di bangunan-bangunan milik kerajaan. Persoalannya apakah yang terlintas di hati para pekerjanya semasa melihat Jalur Gemilang. Mungkin akan ada sesetengah yang berkata, “Banyaknya bendera” tanpa memahami makna di sebaliknya. Maka kurikulum perlu dibentuk agar penghayatan kepada simbol-simbol negara ini diperjelaskan bukan sahaja memahami simbol dan maknanya semata-mata bahkan juga cerita di sebaliknya perlu diketengahkan.

Penulis ingin membawa kepada satu isu yang mungkin kita sedari dan mungkin tidak. Sejak kebelakangan ini apabila tiba sambutan bulan kemerdekaan, maka banyaklah kenderaan yang memasang bendera. Apakah tindakan ini merupakan tindakan atas kesedaran ataupun trend yang menjadi ikutan masyarakat. Jika ia sekadar trend yang menjadi ikutan maka tidak hairanlah di saat kita ingin memupuk semangat patriotisme dengan mengibarkan bendera sebenarnya dalam tidak sedar kita menghina negara kita sendiri. Bendera yang dipasang jatuh di jalan raya dan dipijak-pijak oleh kenderaan rakyatnya sendiri. Bukankah jika orang lain memijak bendera kita, kita akan memarahinya. Itulah kita sebenarnya. Dahulu dalam peperangan, jika pemegang benderanya gugur, maka akan ada orang lain yang akan mengangkatnya.

Begitu juga dengan memasang bendera di bangunan-bangunan. Ada bendera yang dipasang tanpa diturunkan dan tanpa diambil peduli pun. Maka warna biru bertukar menjadi ungu. Apakah warna ungu merupakan salah satu warna Jalur Gemilang? Bukan sahaja warna semakin usang bahkan bendera koyak rabak dan ada juga yang tinggal separuh. Jika inilah mentaliti terhadap bendera negara, baik tidak usah digantung kerana ia lebih memalukan dari menjadi kebanggaan.

Jika hasrat Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mengadakan undang-undang tentang mengibarkan Jalur Gemilang, ia harus diperhalusi agar simbol negara ini terus dipelihara sebaik-baiknya.



Isnin, 13 Mei 2013

Terima kasih Tok Guru


Setelah keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 diumumkan, rakyat Kelantan terus memberi mandat kepada kepimpinan Ulama yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walaupun pelbagai pendekatan dan kempen yang dilakukan oleh Barisan Nasional khususnya UMNO dan juga melalui Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang pro Barisan Nasional, namun gagal menewaskan kerajaan PAS Kelantan.

Bukan singkat masanya kempen dilakukan dan bukan sedikit wang ringgit yang dicurahkan untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan. Namun usaha ini tetap gagal, bukan sekadar tahun 2013 bahkan sejak dari 1990 lagi cubaan untuk merampas Kelantan dilakukan. Tok Guru juga berhadapan dengan tiga Pengerusi Barisan Nasional yang cuba untuk menumbangkannya di Kelantan iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, semuanya gagal menumbangkan Tok Guru.

Akhirnya setelah keputusan diketahui tiba-tiba warga Malaysia khususnya warga Kelantan dikejutkan dengan keputusan Tok Guru untuk tidak lagi memimpin Kelantan dan memberi laluan kepada Timbalannya untuk meneruskan usaha untuk memartabatkan syiar Islam di bumi Malaysia, khususnya Kelantan. Ketika mengetahui Tok Guru tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan, sebak dan bagai tidak percaya. Semasa pulang mengundi tidak kedengaran pun berita ini di kalangan rakan-rakan. Langsung tidak terlintas. Orang lain saya tidak tahu.

Pada hemat saya, Tok Guru dihati rakyat Kelantan adalah sesuatu yang amat istimewa. Tok Guru dilihat sebagai salah seorang pemimpin yang mempunyai personaliti unggul, dan sukar didapati dalam diri pemimpin-pemimpin hari ini.

Tok Guru apabila diserang tidak cepat melatah. Bahkan jika dapat saya katakana ibarat bermain layang-layang. Tok Guru membenarkan dirinya diserang, jika layang-layang itu dilepaskan talinya dan layang-layang itu kelihatan hayut terbuai-buai di udara. Apabila Tok Guru menjawab serangan ia ibarat menarik tali sehingga layang-layang itu naik ke kiri dan ke kanan tanpa dapat beruat apa-apa melainkan menurut sahaja sehingga mematikan hujah orang yang menyerang.

Sering kali saya terbaca kenyataan Tok Guru, hujah lawan hujah. Untuk memiliki kemampuan berhujah maka pembacaan dan menganalisis bahan yang dibaca perlu dilakukan. Ini yang membezakan orang yang berilmu dan tidak berilmu.

Sepanjang menjawat jawatan sebagai Menteri Besar, Tok Guru sebenarnya cuba mengajar atau mentarbiah rakyat Kelantan agar mengambil Islam sebagai cara hidup walau dalam apa pun bidang.Dari sekecil-kecil hal sehingga ke besar-besar hal. Bahkan Tok Guru sentiasa meletakkan apa yang dilakukan seharian ada yang memerhati dan ada pembalasannya nanti. Justeru, setiasa apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian adalah berkaitan dengan perjalanan bertemu Maha Pencipta.

Dalam usaha mendidik ini, Tok Guru tidak menekan rakyat bahkan membiarkan usaha dakwah itu difahami dan diterima. Pendekatan secara muhibah dan berterusan ini akhirnya memperlihatkan penerimaannya bukan sahaja di kalangan masyarakat Islam sendiri bahkan masyarakat bukan Islam terhadap Islam. Hal ini amat bertepatan dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan yang sewajarnya diberi faham bukan kepada masyarakat Islam semata-mata bahkan kepada masyarakat bukan Islam. Bukannya menakut-nakutkan dan mengesapingkan mereka dengan Islam. Tanpa kefahaman masyarakat bagaimana Islam itu dapat diletakkan di tempat yang sewajarnya.

Oleh yang demikian, usaha kerajaan Kelantan untuk menubuhkan Institut Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat dialu-alukan. Institut ini sewajarnya bukan sekadar untuk mengenang jasa Tok Guru bahkan ia sewajarnya menjadi sebuah Institut yang berusaha untuk meletakkan Islam itu di dalam hati sanubari dan diterjemahkan dalam kehidupan setiap rakyat. Dengan ini hasrat memartabatkan Islam yang diperjuangkan oleh PAS akan diteruskan oleh kepimpinan yang akan datang tanpa mengira parti mana yang memerintah nanti. Insya Allah.

Sebagai rakyat Kelantan saya mengucapkan terima kasih atas didikan Tok Guru. Sebenarnya banyak lagi jasa yang dicurahkan dan tidak mampu untuk dicoretkan di sini. Semoga Allah membalas jasa mu Tok Guru.

Jumaat, 19 April 2013

Selamat menyambut pilihan raya

1. Esok 20.05.2013 merupakan hari penamaan calon untuk pilihan raya umum ke-13. Sudah tentu setiap penyokong akan memberi sokongan. Kalau dahulu ada perarakan yang menghimpunkan mungkin ratus hingga ribuan penyokong. Tidak kurang pula terjadinya ketegangan.

2. Sehingga kini setiap parti mula memasang bendera menggambarkan kehadiran mereka dalam PRU kali ini. Peristiwa ini ibarat pesta yang berlaku .

3. Penulis cuma ingin memberi fokus kepada perkataan raya yang menggambarkan kepada kita akan suasana yang meriah. Maka dalam sambutannya hendaklah kita semua bergembira dan jadikannya temasya untuk semua tanpa sebarang kontroversi melampau yang boleh mengganggu gugat kenikmatan raya pemilihan kali ini.

4. Sama-samalah kita menyambut raya pemilihan ini dengan profesionalisme yang tinggi dan menikmati keriangannya.

p/s: sambil memandu lihat banyak bendera yang dipasang dan replika yang dibuat. Anak pula tak habis-habis nak bergaya dengan replika.

Rabu, 10 April 2013

Akhirnya diumumkan

1. Suruhanjaya Pilihan Raya akhirnya mengumumkan hari penamaan calon pada 2 April 2013 dan hari pengundian pada 5 Mei 2013.

2. Dari segi suhu pilihan raya, nampaknya tahun ini agak hangat sedikit. Ini mungkin setiap parti mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menang.

3. Dengan Barisan Nasional diketuai oleh Dato Sri Najib telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia sebagai wadah menarik sokongan rakyat sejak mengambil alih kepimpinan negara.

4. Manakala kemenangan memberangsangkan dalam Pilihan Raya Umum 2008 memberikan keyakinan kepada Pakatan Rakyat untuk menakluki Putrajaya.

5. Atas keyakinan yang membuak ini, kedengaran pula tentang huru hara yang mungkin berlaku dalam pilihan raya kali ini.

6. Ini sememangnya bukanlah perkara baharu kerana sebelum ini pun andaian sebegini telah pun dilontarkan.

7. Walau apa pun yang berlaku hakikatnya rakyat Malaysia masih mengimpikan keharmonian dan keamanan dalam negara ini. Oleh yang demikian walau apa pun keadaan dan keputusan pilihan raya adalah menjadi tanggungjawab setiap warga mengekalkan keharmonian dan keamanan negara ini.

8. Janganlah kerana ingin memerintah kita sanggup menghuru-harakan negara ini.

Khamis, 13 Disember 2012

Harimau tak mampu sekat gajah

Harimau Malaya tewas 2-0 kepada Thailand dalam separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki. Secara agregat tewas 3-1.

Kekalahan ini sebenarnya dah aku duga. Namun tetap bangga dengan pencapaian Harimau Malaya. Tetapi harus diingat hanya pasukan yang menjuarai sahaja akan diingati.

Jadi cerita untuk pasukan ini kira dah tamat. Pemain akan pulang kepada pasukan masing-masing. Jurulatih terpulanglah kepada empunya diri dan FAM.

Tak sabar nak tengok saingan Liga M 2013. Nak tengok kemampuan Johor.