Ahad, 2 Mac 2014

Nasib orang kampung

1. Seorang budak yang penulis kira berpangkat adik dan teman-temannya meminta izin menumpang di meja aku. Maklumlah hari itu orang ramai.

2. "Kalau tahu cam ni baik minta pergi Sabag", kata adik itu seperti tidak berpuas hati.

3. "Aik cam frust aje bunyi" usik penulis. Akhirnya adik ini menceritakan segalanya. Sebagai orang yang sebangsa penulis cukup kecewa dengan penjawat awam yang bijaksana tapi tidak bijaksini.

4. Sebab itulah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir menekankan kecekapan mengurus dalam mengkoordinasi semua hal dalam mengurus hidup ini.

5. Rupa-rupanya adik ini baharu mendapat tawaran dalam perkhidmatan awam dan telah pun melapor diri. Pada masa yang sama pelajar salah sebuan universiti tempatan di utara. Tinggal tiga semester sahaja untuk tamat.

6. Agak pelik bunyinya tatkala para pembesar politik dan pembesar universiti ini menyalak tentang pembelajaran sepanjang hayat tiba-tiba adik ini diberi kata dua agar berhenti belajar kononnya takut menjejaskan pelajaran.

7. Itu kata penasihat akademiknya (bagi aku ini punahsihat - sama penyakit dalam politik).

8. Mengapa penulis kata punahsihat akademik?

9. Pertama: Jika punahsihat ini betul-betul berjiwa pendidik ia akan memikir untuk selamatkan budak ini kerana kerjaya sudah dapat tinggal sahaja lagi untuk dapatkan ilmu yang kita kenal ijazah pertama yang anak-anak kita bila keluar akan menjadi hamba hutang.

10. Kedua: Agak pelik juga seorang yang tarafnya orang akademik (grednya penulis lupa) yang banyak buat kajian yang berkata bahawa takut menjejaskan pelajaran walhal budak ini belum pun mula bekerja dan belajar. Bahkan penulis tidak melihat ia satu isu dan penulis berpandangan tiada kajian yang menunjukkan bahawa kerja akan merosakkan pelajaran. Kalau ada minta pembesar politik tamatkan segera program PJJ.

11. Ketiga: Mentaliti jumud pegawai kerajaan. Ini satu penyakit yang nak kena Ketua Setiausaha Negara (KSN) lihat. Pejawat awam ni suka sangat kata tak boleh. Apakah dalam peraturan kerajaan cam tu. Kalau kata tak boleh memang dah tak ada alternatif lain. Dah tak ada pintu lain untuk keluar.

11. Keempat: Tidak tahu SOP. Sepatutnya bila permohonan untuk tangguh pengajian itu dibuat ia haruslah bermula di pejabat pentadbiran. Takkan universiti yang biaya pengurusannya lebih tinggi dari kerajaan negeri itu tak ada penolong pendaftar. Jika budak ini salah serah borang patutnya Punahsihat akademiknya memandu dan bukan menerima.

12. Ini kerana setelah seminggu permohonan tangguh pengajian tidak diketahui jawapannya. Asyik dok kata tak boleh tangguh sebab kerja. Alahai si punahsihat, zaman ini perlu dokumentasilah bukan guna lisan lagi.

13. Jika punasihat dan dekan tidak punya kuasa meluluskan penangguhan pengajian atas faktor kerja maka sepatutnya mereka boleh maklum siapa yang mungkin boleh membantu. Mungkin TNCA atau NC yang lebih berkuasa. Tapu mengapa ini berlaku.

14. Universiti kena faham dari segi hak kerana seingat penulis dalam tawaran kemasukan tidak dinyatakan dengan jelas tanngungjawab pelajar. Bila menjadi pelajar baharu didedahkan. Ini ada unsur kesamaran. Bila pelanggan terima baharu dikenakan syarat. Kalau penulis mahu seret pergi timbang tara aje ni.

15. Hakikat sebagai pendidik sewajarnya memberi tunjuk ajar kepada anak-anak kita bukan main lepas aje. Apa yang kita ingin sebagau pendidik ialah kejayaan dalam keilmuan dan juga pekerjaan. Semua ini diukur dalan rating universiti.

16. Janganlah apabila kita berjaya atas nikmat atau kemudahan yang kita peroleh kita akhirnya menyusahkan orang lain pula.

Jumaat, 21 Februari 2014

BR1M kembali lagi

1. BR1M yang lebih popular sebagai "berim" atau "brim" sudah mula dinikmati. Sebutan ini sebenarnya menenggelamkan program 1Malaysia yang diperkenalkab Perdana Menteri. Mak dan abah sentiasa sebut ambil duit brim dan bukan bantuan rakyat 1Malaysia.

2. Nasiblah konsep 1Malaysia semua ditukar jadi berim, jadi kerim, apa-apa lagilah. Apapun terima kasih pada kerajaan walaupun penulis tak dapat rasa.

3. Dengar-dengar tahun ni dah naik ke RM650. Nampaknya ekonomi kita baik walaupun nilai ringgit merosot dan harga barang dok naik walaupun musim kemarau. Bukan musim sahaja yang kemarau poket pun kemarau sama.

4. Disebabkan penulis tak dapat nak merasa (mungkin kalau merasa dok diam aje ni) maka penulis melihat berim ini ada baik dan buruknya.

5. Penulis tak kisah bagi duit ni walaupun tak berapa nak setuju dengan berim ni kerana bagi penulis ia harus bersandar kepada produktiviti. Jangan sampai satu masa berim ini perlu diberi kalau tak goncang kerajaan dibuatnya.

6. Sesetengah penerima berim berjaya menjadi peternak duit yakni duit mencipta duit. Mereka beruntung.

7. Bagi mereka yang masih beranggapan bahawa berim itu adalah wang dan ia harus dibelanjakan maka mereka akan kerugian.

8. Maka pandailah jaga diri agar berim dapat menbawa suatu nilai tambah walupun nilainya tidak besar. Jangan pula dalam khayalan telah terpancar telepon baru, tablet, aksesori kereta dan sebagainya yang boleh merugikan tetapi memperkayakan yang lain.