Ahad, 25 Ogos 2013
Kibarkan Jalur Gemilang
Isnin, 13 Mei 2013
Terima kasih Tok Guru
Jumaat, 19 April 2013
Selamat menyambut pilihan raya
1. Esok 20.05.2013 merupakan hari penamaan calon untuk pilihan raya umum ke-13. Sudah tentu setiap penyokong akan memberi sokongan. Kalau dahulu ada perarakan yang menghimpunkan mungkin ratus hingga ribuan penyokong. Tidak kurang pula terjadinya ketegangan.
2. Sehingga kini setiap parti mula memasang bendera menggambarkan kehadiran mereka dalam PRU kali ini. Peristiwa ini ibarat pesta yang berlaku .
3. Penulis cuma ingin memberi fokus kepada perkataan raya yang menggambarkan kepada kita akan suasana yang meriah. Maka dalam sambutannya hendaklah kita semua bergembira dan jadikannya temasya untuk semua tanpa sebarang kontroversi melampau yang boleh mengganggu gugat kenikmatan raya pemilihan kali ini.
4. Sama-samalah kita menyambut raya pemilihan ini dengan profesionalisme yang tinggi dan menikmati keriangannya.
p/s: sambil memandu lihat banyak bendera yang dipasang dan replika yang dibuat. Anak pula tak habis-habis nak bergaya dengan replika.
Rabu, 10 April 2013
Akhirnya diumumkan
1. Suruhanjaya Pilihan Raya akhirnya mengumumkan hari penamaan calon pada 2 April 2013 dan hari pengundian pada 5 Mei 2013.
2. Dari segi suhu pilihan raya, nampaknya tahun ini agak hangat sedikit. Ini mungkin setiap parti mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menang.
3. Dengan Barisan Nasional diketuai oleh Dato Sri Najib telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia sebagai wadah menarik sokongan rakyat sejak mengambil alih kepimpinan negara.
4. Manakala kemenangan memberangsangkan dalam Pilihan Raya Umum 2008 memberikan keyakinan kepada Pakatan Rakyat untuk menakluki Putrajaya.
5. Atas keyakinan yang membuak ini, kedengaran pula tentang huru hara yang mungkin berlaku dalam pilihan raya kali ini.
6. Ini sememangnya bukanlah perkara baharu kerana sebelum ini pun andaian sebegini telah pun dilontarkan.
7. Walau apa pun yang berlaku hakikatnya rakyat Malaysia masih mengimpikan keharmonian dan keamanan dalam negara ini. Oleh yang demikian walau apa pun keadaan dan keputusan pilihan raya adalah menjadi tanggungjawab setiap warga mengekalkan keharmonian dan keamanan negara ini.
8. Janganlah kerana ingin memerintah kita sanggup menghuru-harakan negara ini.