1. Suruhanjaya Pilihan Raya akhirnya mengumumkan hari penamaan calon pada 2 April 2013 dan hari pengundian pada 5 Mei 2013.
2. Dari segi suhu pilihan raya, nampaknya tahun ini agak hangat sedikit. Ini mungkin setiap parti mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menang.
3. Dengan Barisan Nasional diketuai oleh Dato Sri Najib telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia sebagai wadah menarik sokongan rakyat sejak mengambil alih kepimpinan negara.
4. Manakala kemenangan memberangsangkan dalam Pilihan Raya Umum 2008 memberikan keyakinan kepada Pakatan Rakyat untuk menakluki Putrajaya.
5. Atas keyakinan yang membuak ini, kedengaran pula tentang huru hara yang mungkin berlaku dalam pilihan raya kali ini.
6. Ini sememangnya bukanlah perkara baharu kerana sebelum ini pun andaian sebegini telah pun dilontarkan.
7. Walau apa pun yang berlaku hakikatnya rakyat Malaysia masih mengimpikan keharmonian dan keamanan dalam negara ini. Oleh yang demikian walau apa pun keadaan dan keputusan pilihan raya adalah menjadi tanggungjawab setiap warga mengekalkan keharmonian dan keamanan negara ini.
8. Janganlah kerana ingin memerintah kita sanggup menghuru-harakan negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan